Ada yang akan cakap Blogspot atau nama manja dia Blogger dan mesti ramai jugak yang akan cakap WordPress.
Aku? Well, aku suka kedua-duanya (muehehehe). Tapi kalau kena pilih salah satu je, sejujurnya aku lebih sukakan WordPress yang aku host di server sendiri.
WordPress yang percuma tu, terlalu banyak tak boleh buat. Nak letak plugin pun tak boleh. Nak letak template yang tak ada dalam senarai dia pun tak boleh. Padahal, dua benda ni yang buat WordPress 'oh so awesome!'.
Jadi, sebagai seorang tukang buat blog untuk klien, aku rasa aku nak kupas sikit perbezaan antara dua platform ini. Aku tak plan nak hurai panjang-panjang sebab aku sure dah bersepah entri macam ni kat internet kan.
So, here we go.
Kenapa Aku Suka WordPress
Berikut adalah sebab kenapa aku suka WordPress yang aku letak di server berbayar.Plug-In
Fungsi blog boleh diperhebatkan hanya dengan install plug-in je.Kalau plugin yang sedia ada tak cukup power, boleh beli plugin dari Code Canyon dan palam masuk. Install plugin hanya semudah 1 klik.
Template Yang Baaaaaanyak dan Cantik
Template dan design yang ada untuk WordPress jauh lebih banyak dan cantik dari Blogspot.Malah template Blogspot yang 'freemium' kebanyakkan nya adalah cetak rompak dari template WordPress.
Ini adalah senarai theme percuma WordPress yang rasmi:
https://wordpress.org/themes/
Yang tak rasmi pun tak kurang banyaknya.
Kuasa Kawalan Luar Biasa
Kuasa kawalan yang lebih. WordPress lebih canggih. Macam-macam boleh control di Control Panel dia.Di tambah pula dengan premium template yang advance dan plugin-plugin khusus, nak suruh WordPress buat benda-benda yang susah jadi amat mudah.
Say No to Manual Coding
Tak susah mana pun pada kita yang memang programmer. Celah gigi je.
Tapi pada diorang y ang tengok code-code tu macam programmer tengok jantung yang tengah berdegup, memang berpinar la mata.
WordPress walaupun boleh edit segalanya (HTML dan PHP serta CSS), control panel atau dashboard dia amat maju. Hampir semua boleh drag and drop aje.
Salin Theme Tak Jejas Layout
Di Blogspot, kalau kita tukar theme, semua layout yang kita dah susun elok-elok pun turut sama bertukar kan. Ada la satu dua widget yang masih kekal tapi susunan dia sure dah berterabur sana sini kan.Tapi di WordPress, kalau kita tukar theme, layout kita kekal sama.
Jadi salin theme di WordPress betul-betul macam salin baju.
Customization
Let say kita nak- Tiada sidebar di hompage
- Ada side bar di setiap entri post
- Sidebar berubah mengikut kategori entri
- Sidebar wujud di sesetengah page aje
Segalanya boleh di set kan. Malah, kerja-kerja di atas mudah je nak buat di WordPress. Betul betul klik dan klik.
Kalau di Blogspot? Hehe, siap la sinsing lengan untuk bermain dengan HTML coding nya.
Nota: Tak semua template ada fungsi macam ni. Kang korang blame aku lak lepas cari fungsi ini tak wujud dalam WordPress korang haha.
E-Commerce
Dengan WordPress, nak ada e-commerce website (shopping cart) tu, adalah amat mudah. Kalau di Blogspot, fengsan.Malah, kalau nak ada forum di WordPress pun boleh. Install aje plugin bbPress.
Jadi, cuba bayangkan. Dengan WordPress, aku boleh ada:
- Web : Untuk tunjuk portfolio syarikat
- Blog : Untuk hebahan berita syarikat dan peristiwa. Untuk mengorat Google gak.
- e-Commerce : Untuk jual produk dan servis syarikat secara online
- Forum : Untuk bagi support dan tempat diskus antara klien dan staff secara online tanpa bergantung pada Facebook.
Milik Mutlak
Blog WordPress di server aku sendiri adalah milik aku sepenuhnya. Blog ni boleh di backup dan diklon sepenuhnya dan disimpan dalam hard disk PC aku.
Malah, clone ini boleh disimpan kat dalam Dropbox atau pun Google Drive setiap hari.
Jadi, kalau jadi apa-apa pun pada syarikat server tu, blog WordPress aku memang masih terselamat. Anytime je boleh pi pasang kat server lain.
Tapi blog di Blogspot bukanlah milik kita sepenuhnya. Dan benda ni memang menjadi concern kepada aku, terutamanya untuk blog Pendekar Laut ni.
Yup, kita boleh backup blog kita di dalam Setting, tapi apa yang dibackup hanyalah text. Gambar-gambar tidak diarkibkan sekali.
Masalah besar akan timbul kalau blog korang kena delete dengan Google. Memang masak dan hangit le. Dah beberapa klien aku blog diorang kena delete. Salah satu sebabnya, letak skrip yang bukan-bukan.
Kenapa Aku Suka Blogspot
Ni, reason kenapa aku suka Blogspot sampaikan aku buat blog Pendekar Laut ni pun kat Blogspot.
Speed!
Kalau nak banding server Google dengan server sendiri yang kita bayar dua tiga ratus setahun tu, memang tak terbanding la der.
Server Google gile gaban punya besar dan banyak. Gambar di bawah adalah salah satu je server farm/warehouse diorang
Salah satu server farm Google. Setiap kotak kecil dalam gambar ini adalah sebenarnya kabinet setinggi 10 kaki. |
Percuma Sepanjang Hayat
Ini yang ramai suka buat blog di Blogspot kan?
Well, aku tak nafi la bab ni. Siapa yang tak suka benda percuma ye tak.
Tapi kenapa aku yang dah ada server sendiri dan beberapa shared hosting masih buat blog Pendekar Laut ni di Blogger atau Blogspot?
Mesti pelikkan.
Tak ada apa yang nak pelik der. Kalau di server sendiri, kita stop bayar blog kita pun mati.
Memang la ada yang akan cakap, jangan la stop bayar. Masalahnya, kita tak leh jamin pun nyawa kita sejauh mana.
Aku nak la jugak blog aku kekal hidup dan berseri, anda kata aku pergi dulu. Biar jadi jariah aku kat sana. That is what drive me to having my personal blog in Blogspot.
True Unlimited Bandwidth
Dengan Blogger, aku tak yah lagi perlu risau bandwidth server habis.
Lagi ramai nak datang, lagi aku suka.
Kalau kat server sendiri, bila makin ramai yang datang, makin besar package server yang aku kena bayar. Dengan tak langsung makin menangis la wallet aku kan.
Dan tak usah la korang percaya dengan tawaran beberapa shared hosting seperti HostGator ke, Exabyte ke, yang kata unlimited bandwidth. No such thing like that.
Tak percaya, try la subscribe. Sooner or sooner akan stuck jugak. Mungkin bukan sebab bandwidth tapi processor. Masalahnya, processor la yang process bandwidth. Paham ke tak ni :?
Ultra Hyper Super Server
Sebab server di Google (Blogger) memang tahap Ultraman Kosmos bergabung dengan Ultraman Zero punya power, jadi aku tak lagi perlu risau pasal server overload.
Kalau di server yang aku letak WordPress (VPS atau Shared Hosting), memang kena monitor server ni. Dan tak pelik kalau blog tak boleh diakses oleh pengunjung (atau prospek) gara-gara CPU = 100%
Nak tak nak, memang kena upgrade server le. Tapi kalau benda ni jadi sekali sekala... bebal la jugak nak upgrade server kan.
Di Blogger, masalah ni langsung tak pernah wujud.
Haa, amik ko. 3 terus.
Setakat ni, tak pernah la lagi aku dengar Blogger kena hack. Tapi kerap la jugak dengar WordPress ada security flaw sampai kena hack.
Kena pulak pemilik blog WordPress tak upgrade versi WordPress nya sebab takut nanti plug-in yang digunakan kat WordPress tu tak berfungsi (true story).
Dan boleh tahan ramai juga pemilik WordPress yang tak sembunyi login page ke WordPress diorang dan masih menggunakan username sebagai 'admin' atau 'administrator'.
Fuh, memang sedap la hacker/cracker cuba teka password WordPress diorang dengan menggunakan bot. Good chances, memang selamat hari raya le (gulp).
Kalau nak fungsi-fungsi lebih daripada sebuah blog, WordPress di server sendiri mungkin lebih sesuai. Tetapi, kalau sekadar untuk tujuan tulis blog, Blogger sudah amat memadai.
Malah, masa kita boleh di fokus sepenuhnya untuk tulis artikel blog dan bukannya pening nak jaga dan maintain server WordPress kita.
Keselamatan, Security dan Keterjaminan
Haa, amik ko. 3 terus.
Setakat ni, tak pernah la lagi aku dengar Blogger kena hack. Tapi kerap la jugak dengar WordPress ada security flaw sampai kena hack.
Kena pulak pemilik blog WordPress tak upgrade versi WordPress nya sebab takut nanti plug-in yang digunakan kat WordPress tu tak berfungsi (true story).
Dan boleh tahan ramai juga pemilik WordPress yang tak sembunyi login page ke WordPress diorang dan masih menggunakan username sebagai 'admin' atau 'administrator'.
Fuh, memang sedap la hacker/cracker cuba teka password WordPress diorang dengan menggunakan bot. Good chances, memang selamat hari raya le (gulp).
Mudah Kata...
Blogger dan WordPress adalah dua platform blogging yang mempunyai kekuatan yang tersendiri, bergantung kepada kita nak apa daripadanya.Kalau nak fungsi-fungsi lebih daripada sebuah blog, WordPress di server sendiri mungkin lebih sesuai. Tetapi, kalau sekadar untuk tujuan tulis blog, Blogger sudah amat memadai.
Malah, masa kita boleh di fokus sepenuhnya untuk tulis artikel blog dan bukannya pening nak jaga dan maintain server WordPress kita.
0 comments:
Post a Comment