Selepas aku dok tengok klien-klien aku dok pilih design blog, aku rasa ada patutnya aku tulis la satu artikel pasal kriteria-kriteria asas pemilihan template atau design blog.
Pilih template blog yang ada kat internet ni tak macam kita pilih baju di Jakel ye akak-akak dan adik-adik. Sebab, template blog ini lah yang bakal menentukan pengunjung blog kita selesa ke tak dengan blog kita.
Rekabentuk yang Tersusun dan Kemas
Cantik itu bagus. Tapi ingat, orang datang ke blog kita sebab dia nak kandungan blog kita. Besar kemungkinan dia sampai ke blog kita melalui Google kan.
Jadi, rekabentuk blog mesti fokus kepada susun atur widget yang logik dan tersusun.
Mata manusia suka pada yang cantik. Otak manusia suka pada yang dia mudah faham dan logikal. Jadi, sebaiknya, pilih lah kedua-duanya.
Tapi tak salah ye kalau pilih template yang kena dengan personaliti korang. After all, ni blog korang kan. Kalau korang pun sakit hati tengok design blog, macam mana nak tulis nanti.
Ini adalah contoh design blog yang kemas tetapi ada sentuhan peribadi. |
Tidak Terlalu Fancy
Jangan pilih theme atau template yang terlalu fancy sampai nak scroll pun terasa lembabnya. Siap ada animasi petal ros bagai kat cursor mouse tu... aiyooo, berat browser ku.
Lagi fancy template blog tu, lagi berat la jadinya. Meaning, lagi lembab la artikel blog korang untuk dipaparkan.
Selain dari fancy, ada yang blognya dah serupa portal. Di homepage nya ada tak kurang 30 link ke entri. Design macam ni bagus kalau blog korang jenis yang informatif dan banyak niche (bidang).
Tapi kalau nak buat macam ni, hati-hati ye. Takut pengunjung overwhelm, tak tau nak tekan mana dan blog sebegini lazimnya lebih berat dan lambat untuk loading, walaupun pakai Blogspot.
Selain dari fancy, ada yang blognya dah serupa portal. Di homepage nya ada tak kurang 30 link ke entri. Design macam ni bagus kalau blog korang jenis yang informatif dan banyak niche (bidang).
Tapi kalau nak buat macam ni, hati-hati ye. Takut pengunjung overwhelm, tak tau nak tekan mana dan blog sebegini lazimnya lebih berat dan lambat untuk loading, walaupun pakai Blogspot.
Ini adalah contoh blog yang seperti portal tetapi masih lagi tersusun dan mudah untuk di imbas. |
Pantas
Waktu pilih design blog tu, lazimnya dia ada butang 'Demo' kan. Tekan butang tu untuk tengok contoh blog yang pakai template tersebut.
Skroll up and down. Klik link untuk tengok page-page lain di dalam tu.
Tengok seberapa cepat page yang pakai tempalate tu loading dan terpapar di browser kita.
Responsive
Responsive ni penting untuk tahun 2013 dan ke atas. Responsive ni maksudnya, blog kita menyesuaikan dirinya dengan saiz monitor yang di pakai oleh pengunjung.
Kalau tengok kat skrin 24 inchi, rupanya tak sama dengan tengok di skrin 14 inch (laptop), 8-10 inch (ipad) atau 4-5 inchi smartphone.
Saiznya berubah untuk memastikan pengguna mudah nak baca kandungan blog tu. Jom tengok kat bawah.
Rupa blog Pendekar Laut di Monitor 24 inch. |
Rupa blog pendekar laut kalau di skrin Ipad dan Smartphone. Lain kan? |
Untuk test responsive ni, kita boleh kecilkan browser kita kepada separuh atau suku. Atau kalau nak lebih baik, cuba tengok blog demo tu di ipad atau tab dan smartphone.
Ingat ya, rata-rata orang sekarang ni suka baca blog melalui tab/ipad dan iphone pada masa lapang mereka. Jadi, jangan abaikan kelompok ini.
Ada Butang Untuk Share Ke Media Sosial
Ini penting. Kita kena mudahkan pengunjung kita share benda yang dia suka dengan kawan-kawan dia.
Dengan adanya Share Button tu, pengunjung hanya perlu klik sekali je dan terus share ke wall dia, page dia atau pun group dia.
Benda ni bukan sahaja bagus untuk sebaran artikel blog kita tu (kalau bermanfaat, semakin bertambah-tambah pahala korang dengan tukang share tu), tetapi antara cara berkesan untuk tarik trafik dari media sosial ke blog kita.
Ada Cadangan Entri Lain Yang Berkaitan
Yang ni bagus untuk bagi pengunjung 'melekat' dengan blog kita. Kita bagi benda yang dia suka. Terus bagi dan bagi haha.
Nanti kalau dia tengok banyak entri yang dia suka kat blog kita, nanti dia bookmark atau pun dia hafal nama blog kita.
Gambar kat bawah tunjuk butang-butang share dan cadangan entri berkaitan yang aku pakai di blog ni.
Ini adalah butang-butang share ke media sosial dan cadangan entri yang berkaitan. |
How it works? Mudah cakap, ia tengok pada entri yang ada label yang sama. Ia assume, kalau ada 3 entri lain yang mempunayai label yang sama dengan entri yang sedang dibaca pengunjung, besar kemungkinan entri-entri ini berkait rapat.
Jadi, korang jangan la bila tulis entri main sumbat aje segala mak nenek label dalam entri tu. Masukkan la yang berkaitan sahaja.
Cuba korang bayangkan, katakan la blog korang adalah blog keagamaan, tetiba je, keluar popup suruh beli skirt pendek tanpa pengetahuan korang. Tak ke haru tu kan.
Tak ada Hidden Script
Ini yang berat ni. Ada template-template free letak hidden script untuk bagi juice SEO pada penyebarnya. Malah, siap keluar popup lagi promote barang yang dijualnya.Cuba korang bayangkan, katakan la blog korang adalah blog keagamaan, tetiba je, keluar popup suruh beli skirt pendek tanpa pengetahuan korang. Tak ke haru tu kan.
Mudah Baca
Yang ni last sekali ye.Disebabkan orang datang ke blog kita untuk membaca, maka wajiblah kita sebagai pemilik blog untuk memastikan orang mudah nak baca apa yang kita tulis.
Jadi, saiz font, warna font, jarak antara font serta jenis font main peranan.
Tapi kalau korang memang dah suke gile dah kat satu design, cuma font dia saja yang tak berapa nak berkenan... jangan bimbang. Itu semua boleh ubah kat CSS.
Kalau tak reti, boleh hubungi kawan-kawan yang reti la. Tak pun, contact aje Pendekar Laut... iyaaaah!
0 comments:
Post a Comment