Showing posts with label Blogging. Show all posts
Showing posts with label Blogging. Show all posts

Thursday, October 09, 2014



Hari ni aku belajar 5 perkara yang wajib diberi perhatian sebelum kita tekan butang Publish warna oren tu.

Rata-rata ramai dah tau cuma biasalah manusia, kena saling diperingatkan. Aku pun sama la.

Okaylah, cut the chase and here we go.

1. Tajuk Entri Biar Menarik

Tajuk entri blog korang tu biar catchy. Biar menarik perhatian pengunjung untuk klik pada entri tu sama ada di SERP (search engine result page) atau dari segmen 'entri berkaitan'.

Artikel yang selalu pengguna klik akan lebih dipandang oleh Google dari artikel yang orang tak bernafsu nak klik.

Malah, apabila pembaca yang datang ke blog kita membaca artikel demi artikel di blog kita, Google akan nampak ini sebagai satu 'engagement' yang baik dan memberi markah seo yang lebih.

Secara tidak langsung, pembaca pun seronok sebab dia rasa blog kita bermanfaat untuknya. Silap-silap dia bookmark blog kita. Jackpot!

2. URL Yang Mesra Google



Wajib pakai permalink. By default, Blogger memang dah pakai permalink tetapi WordPress tak. So, pada geng WordPress, make sure korang pakai permalink (di Setting).

Pastikan permalink tu pendek dan ada keyword yang disasarkan.

Untuk pengguna Blogger, tekan pada perkataan Permalink di sebelah kanan skrin untuk tukar permalink secara manual.

Untuk pengguna WordPress, permalink boleh diubah di kekotak di bawah tajuk entri.

3. Interlink Dengan Post Terdahulu

Kalau korang nak tau, interlink ni 5 kali lebih baik dari pakai widget yang "Anda mungkin meminati" seperti LinkWithin atau nRelate tu.

Interlink juga kelihatan lebih personal, sebab kita sendiri yang link kan artikel terdahulu dalam blog kita dengan topik yang kita tengah tulis dalam entri yang sedang dibaca pengunjung.

Apa kebenda interlink ni?

Alamak der, interlink ni, kita letak link dalam entri ni untuk pembaca kita bila dia klik dia akan di bawa ke post lain dalam blog kita.

Contohnya ada di tips yang ke 5 dalam entri ni.

4. Semak Ejaan dan Tatabahasa



Ini yang aku paling tak jaga haha. Ye la, blog ni blog santai. Bukan blog rasmi. Tapi, blog santai pun aku tetap kena pastikan aku pakai perkataan yang lengkap dan boleh di fahami.

Jangan pakai perkataan yang macam budak sekolah hantar SMS atau WhatsApp. Mau tergeliat otak nak baca dan fahamkan.

Tatabahasa pun penting sebab kalau tatabahasa tak betul, susah nak faham apa yang kita cuba sampaikan.

5. Gunakan Gambar / Imej



Gambar ni halwa mata. Perhatian kita mudah tertancap pada sesuatu yang menarik dan cantik.

Gunakan gambar untuk menarik perhatian pembaca. Jangan biarkan entri tu kosong dan padat dengan teks aje. Buku teks pun letak gambar dan gambarajah nak bagi mudah faham yob.. apatah lagi la entri blog kan.

Kalau korang rajin, cuba baca entri: Kecilkan Gambar Untuk SEO Yang Lebih Baik dan entri bagaimana nak kecilkan gambar tetapi kualiti imej tanpa kurangkan kualiti imej tanpa menggunakan Photoshop. Online je semua.

5 Perkara Wajib Buat Sebelum Publish Entri Blog


Saturday, October 04, 2014



Selepas aku dok tengok klien-klien aku dok pilih design blog, aku rasa ada patutnya aku tulis la satu artikel pasal kriteria-kriteria asas pemilihan template atau design blog.

Pilih template blog yang ada kat internet ni tak macam kita pilih baju di Jakel ye akak-akak dan adik-adik. Sebab, template blog ini lah yang bakal menentukan pengunjung blog kita selesa ke tak dengan blog kita.

Rekabentuk yang Tersusun dan Kemas

Cantik itu bagus. Tapi ingat, orang datang ke blog kita sebab dia nak kandungan blog kita. Besar kemungkinan dia sampai ke blog kita melalui Google kan.

Jadi, rekabentuk blog mesti fokus kepada susun atur widget yang logik dan tersusun.

Mata manusia suka pada yang cantik. Otak manusia suka pada yang dia mudah faham dan logikal. Jadi, sebaiknya, pilih lah kedua-duanya.

Tapi tak salah ye kalau pilih template yang kena dengan personaliti korang. After all, ni blog korang kan. Kalau korang pun sakit hati tengok design blog, macam mana nak tulis nanti.

Ini adalah contoh design blog yang kemas tetapi ada sentuhan peribadi. 

Tidak Terlalu Fancy

Jangan pilih theme atau template yang terlalu fancy sampai nak scroll pun terasa lembabnya. Siap ada animasi petal ros bagai kat cursor mouse tu... aiyooo, berat browser ku.

Lagi fancy template blog tu, lagi berat la jadinya. Meaning, lagi lembab la artikel blog korang untuk dipaparkan.

Selain dari fancy, ada yang blognya dah serupa portal. Di homepage nya ada tak kurang 30 link ke entri. Design macam ni bagus kalau blog korang jenis yang informatif dan banyak niche (bidang).

Tapi kalau nak buat macam ni, hati-hati ye. Takut pengunjung overwhelm, tak tau nak tekan mana dan blog sebegini lazimnya lebih berat dan lambat untuk loading, walaupun pakai Blogspot.

Ini adalah contoh blog yang seperti portal tetapi masih lagi tersusun dan mudah untuk di imbas.

Pantas

Waktu pilih design blog tu, lazimnya dia ada butang 'Demo' kan. Tekan butang tu untuk tengok contoh blog yang pakai template tersebut.

Skroll up and down. Klik link untuk tengok page-page lain di dalam tu.

Tengok seberapa cepat page yang pakai tempalate tu loading dan terpapar di browser kita.

Responsive

Responsive ni penting untuk tahun 2013 dan ke atas. Responsive ni maksudnya, blog kita menyesuaikan dirinya dengan saiz monitor yang di pakai oleh pengunjung.

Kalau tengok kat skrin 24 inchi, rupanya tak sama dengan tengok di skrin 14 inch (laptop), 8-10 inch (ipad) atau 4-5 inchi smartphone.

Saiznya berubah untuk memastikan pengguna mudah nak baca kandungan blog tu. Jom tengok kat bawah.

Rupa blog Pendekar Laut di Monitor 24 inch.
Rupa blog pendekar laut kalau di skrin Ipad dan Smartphone. Lain kan?

Untuk test responsive ni, kita boleh kecilkan browser kita kepada separuh atau suku. Atau kalau nak lebih baik, cuba tengok blog demo tu di ipad atau tab dan smartphone.

Ingat ya, rata-rata orang sekarang ni suka baca blog melalui tab/ipad dan iphone pada masa lapang mereka. Jadi, jangan abaikan kelompok ini.

Ada Butang Untuk Share Ke Media Sosial

Ini penting. Kita kena mudahkan pengunjung kita share benda yang dia suka dengan kawan-kawan dia. 

Dengan adanya Share Button tu, pengunjung hanya perlu klik sekali je dan terus share ke wall dia, page dia atau pun group dia.

Benda ni bukan sahaja bagus untuk sebaran artikel blog kita tu (kalau bermanfaat, semakin bertambah-tambah pahala korang dengan tukang share tu), tetapi antara cara berkesan untuk tarik trafik dari media sosial ke blog kita.

Ada Cadangan Entri Lain Yang Berkaitan

Yang ni bagus untuk bagi pengunjung 'melekat' dengan blog kita. Kita bagi benda yang dia suka. Terus bagi dan bagi haha. 

Nanti kalau dia tengok banyak entri yang dia suka kat blog kita, nanti dia bookmark atau pun dia hafal nama blog kita.

Gambar kat bawah tunjuk butang-butang share dan cadangan entri berkaitan yang aku pakai di blog ni.
Ini adalah butang-butang share ke media sosial dan cadangan entri yang berkaitan.

How it works? Mudah cakap, ia tengok pada entri yang ada label yang sama. Ia assume, kalau ada 3 entri lain yang mempunayai label yang sama dengan entri yang sedang dibaca pengunjung, besar kemungkinan entri-entri ini berkait rapat.

Jadi, korang jangan la bila tulis entri main sumbat aje segala mak nenek label dalam entri tu. Masukkan la yang berkaitan sahaja.

Tak ada Hidden Script

Ini yang berat ni. Ada template-template free letak hidden script untuk bagi juice SEO pada penyebarnya. Malah, siap keluar popup lagi promote barang yang dijualnya.

Cuba korang bayangkan, katakan la blog korang adalah blog keagamaan, tetiba je, keluar popup suruh beli skirt pendek tanpa pengetahuan korang. Tak ke haru tu kan.

Mudah Baca

Yang ni last sekali ye.

Disebabkan orang datang ke blog kita untuk membaca, maka wajiblah kita sebagai pemilik blog untuk memastikan orang mudah nak baca apa yang kita tulis.

Jadi, saiz font, warna font, jarak antara font serta jenis font main peranan.

Tapi kalau korang memang dah suke gile dah kat satu design, cuma font dia saja yang tak berapa nak berkenan... jangan bimbang. Itu semua boleh ubah kat CSS.

Kalau tak reti, boleh hubungi kawan-kawan yang reti la. Tak pun, contact aje Pendekar Laut... iyaaaah!

Bagaimana Nak Pilih Template Blog Yang Bagus?


Friday, October 03, 2014

Mana satu yang korang suka pakai?

Ada yang akan cakap Blogspot atau nama manja dia Blogger dan mesti ramai jugak yang akan cakap WordPress.

Aku? Well, aku suka kedua-duanya (muehehehe). Tapi kalau kena pilih salah satu je, sejujurnya aku lebih sukakan WordPress yang aku host di server sendiri.

WordPress yang percuma tu, terlalu banyak tak boleh buat. Nak letak plugin pun tak boleh. Nak letak template yang tak ada dalam senarai dia pun tak boleh. Padahal, dua benda ni yang buat WordPress 'oh so awesome!'.

Jadi, sebagai seorang tukang buat blog untuk klien, aku rasa aku nak kupas sikit perbezaan antara dua platform ini. Aku tak plan nak hurai panjang-panjang sebab aku sure dah bersepah entri macam ni kat internet kan.

So, here we go.

Kenapa Aku Suka WordPress

Berikut adalah sebab kenapa aku suka WordPress yang aku letak di server berbayar.


Plug-In

Fungsi blog boleh diperhebatkan hanya dengan install plug-in je.

Kalau plugin yang sedia ada tak cukup power, boleh beli plugin dari Code Canyon dan palam masuk. Install plugin hanya semudah 1 klik.

Template Yang Baaaaaanyak dan Cantik

Template dan design yang ada untuk WordPress jauh lebih banyak dan cantik dari Blogspot.

Malah template Blogspot yang 'freemium' kebanyakkan nya adalah cetak rompak dari template WordPress.

Ini adalah senarai theme percuma WordPress yang rasmi:

https://wordpress.org/themes/

Yang tak rasmi pun tak kurang banyaknya.

Kuasa Kawalan Luar Biasa

Kuasa kawalan yang lebih. WordPress lebih canggih. Macam-macam boleh control di Control Panel dia.

Di tambah pula dengan premium template yang advance dan plugin-plugin khusus, nak suruh WordPress buat benda-benda yang susah jadi amat mudah.

Say No to Manual Coding


Salah satu benda yang client Blogger aku cukup takut adalah edit HTML code.

Tak susah mana pun pada kita yang memang programmer. Celah gigi je.

Tapi pada diorang y ang tengok code-code tu macam programmer tengok jantung yang tengah berdegup, memang berpinar la mata.

WordPress walaupun boleh edit segalanya (HTML dan PHP serta CSS), control panel atau dashboard dia amat maju. Hampir semua boleh drag and drop aje.

Salin Theme Tak Jejas Layout

Di Blogspot, kalau kita tukar theme, semua layout yang kita dah susun elok-elok pun turut sama bertukar kan. Ada la satu dua widget yang masih kekal tapi susunan dia sure dah berterabur sana sini kan.

Tapi di WordPress, kalau kita tukar theme, layout kita kekal sama.

Jadi salin theme di WordPress betul-betul macam salin baju.

Customization

Let say kita nak
  1. Tiada sidebar di hompage
  2. Ada side bar di setiap entri post
  3. Sidebar berubah mengikut kategori entri
  4. Sidebar wujud di sesetengah page aje
Segalanya boleh di set kan. Malah, kerja-kerja di atas mudah je nak buat di WordPress. Betul betul klik dan klik.

Kalau di Blogspot? Hehe, siap la sinsing lengan untuk bermain dengan HTML coding nya.

Nota: Tak semua template ada fungsi macam ni. Kang korang blame aku lak lepas cari  fungsi ini tak wujud dalam WordPress korang haha.

E-Commerce

Dengan WordPress, nak ada e-commerce website (shopping cart) tu, adalah amat mudah. Kalau di Blogspot, fengsan.
Malah, kalau nak ada forum di WordPress pun boleh. Install aje plugin bbPress.
Jadi, cuba bayangkan. Dengan WordPress, aku boleh ada:

  1. Web : Untuk tunjuk portfolio syarikat
  2. Blog : Untuk hebahan berita syarikat dan peristiwa. Untuk mengorat Google gak.
  3. e-Commerce : Untuk jual produk dan servis syarikat secara online
  4. Forum : Untuk bagi support dan tempat diskus antara klien dan staff secara online tanpa bergantung pada Facebook.

Milik Mutlak

Blog WordPress di server aku sendiri adalah milik aku sepenuhnya. Blog ni boleh di backup dan diklon sepenuhnya dan disimpan dalam hard disk PC aku.

Malah, clone ini boleh disimpan kat dalam Dropbox atau pun Google Drive setiap hari.

Jadi, kalau jadi apa-apa pun pada syarikat server tu, blog WordPress aku memang masih terselamat. Anytime je boleh pi pasang kat server lain.

Tapi blog di Blogspot bukanlah milik kita sepenuhnya. Dan benda ni memang menjadi concern kepada aku, terutamanya untuk blog Pendekar Laut ni.

Yup, kita boleh backup blog kita di dalam Setting, tapi apa yang dibackup hanyalah text. Gambar-gambar tidak diarkibkan sekali. 

Masalah besar akan timbul kalau blog korang kena delete dengan Google. Memang masak dan hangit le. Dah beberapa klien aku blog diorang kena delete. Salah satu sebabnya, letak skrip yang bukan-bukan.

Kenapa Aku Suka Blogspot

Ni, reason kenapa aku suka Blogspot sampaikan aku buat blog Pendekar Laut ni pun kat Blogspot.

Speed!

Kalau nak banding server Google dengan server sendiri yang kita bayar dua tiga ratus setahun tu, memang tak terbanding la der.

Server Google gile gaban punya besar dan banyak. Gambar di bawah adalah salah satu je server farm/warehouse diorang

Salah satu server farm Google. Setiap kotak kecil dalam gambar ini adalah sebenarnya kabinet setinggi 10 kaki.

Percuma Sepanjang Hayat

Ini yang ramai suka buat blog di Blogspot kan?

Well, aku tak nafi la bab ni. Siapa yang tak suka benda percuma ye tak.

Tapi kenapa aku yang dah ada server sendiri dan beberapa shared hosting masih buat blog Pendekar Laut ni di Blogger atau Blogspot?

Mesti pelikkan. 

Tak ada apa yang nak pelik der. Kalau di server sendiri, kita stop bayar blog kita pun mati. 

Memang la ada yang akan cakap, jangan la stop bayar. Masalahnya, kita tak leh jamin pun nyawa kita sejauh mana.

Aku nak la jugak blog aku kekal hidup dan berseri, anda kata aku pergi dulu. Biar jadi jariah aku kat sana. That is what drive me to having my personal blog in Blogspot.

True Unlimited Bandwidth

Dengan Blogger, aku tak yah lagi perlu risau bandwidth server habis. 

Lagi ramai nak datang, lagi aku suka. 

Kalau kat server sendiri, bila makin ramai yang datang, makin besar package server yang aku kena bayar. Dengan tak langsung makin menangis la wallet aku kan.

Dan tak usah la korang percaya dengan tawaran beberapa shared hosting seperti HostGator ke, Exabyte ke, yang kata unlimited bandwidth. No such thing like that. 

Tak percaya, try la subscribe. Sooner or sooner akan stuck jugak. Mungkin bukan sebab bandwidth tapi processor. Masalahnya, processor la yang process bandwidth. Paham ke tak ni :?

Ultra Hyper Super Server

Sebab server di Google (Blogger) memang tahap Ultraman Kosmos bergabung dengan Ultraman Zero punya power, jadi aku tak lagi perlu risau pasal server overload.

Kalau di server yang aku letak WordPress (VPS atau Shared Hosting), memang kena monitor server ni. Dan tak pelik kalau blog tak boleh diakses oleh pengunjung (atau prospek) gara-gara CPU = 100%

Nak tak nak, memang kena upgrade server le. Tapi kalau benda ni jadi sekali sekala... bebal la jugak nak upgrade server kan.

Di Blogger, masalah ni langsung tak pernah wujud.

Keselamatan, Security dan Keterjaminan


Haa, amik ko. 3 terus.

Setakat ni, tak pernah la lagi aku dengar Blogger kena hack. Tapi kerap la jugak dengar WordPress ada security flaw sampai kena hack.

Kena pulak pemilik blog WordPress tak upgrade versi WordPress nya sebab takut nanti plug-in yang digunakan kat WordPress tu tak berfungsi (true story).

Dan boleh tahan ramai juga pemilik WordPress yang tak sembunyi login page ke WordPress diorang dan masih menggunakan username sebagai 'admin' atau 'administrator'.

Fuh, memang sedap la hacker/cracker cuba teka password WordPress diorang dengan menggunakan bot. Good chances, memang selamat hari raya le (gulp).

Mudah Kata...

Blogger dan WordPress adalah dua platform blogging yang mempunyai kekuatan yang tersendiri, bergantung kepada kita nak apa daripadanya.

Kalau nak fungsi-fungsi lebih daripada sebuah blog, WordPress di server sendiri mungkin lebih sesuai. Tetapi, kalau sekadar untuk tujuan tulis blog, Blogger sudah amat memadai.

Malah, masa kita boleh di fokus sepenuhnya untuk tulis artikel blog dan bukannya pening nak jaga dan maintain server WordPress kita.

Nak Pakai Blogspot ke WordPress ek?