Friday, October 03, 2014

Minyak Petrol Naik Harga Bermula 2 October 2014


Pergh....

Itu je aku leh cakap bila dapat tau yang minyak petrol naik harga lagi 20 sen.

Memang pelik bin ajaib.

Apa tak nya... di waktu harga minyak mentah menjunam jatuh, gomen kita boleh dengan selambanya menaikkan harga minyak petrol. Pergh... tak tahan.



Memang dasyat kerajaan kali ni. GST tak sampai lagi, dan baru lagi terasa bahang minyak naik 20 sen yang lepas, dia naikkan lagi sekali.

Aduhai. Cuba cakap kat orang sebelah... kesian. Orang cakap cakap balik kat orang tadi... kesian!

Tapi blog aku bukan blog politik ye. Korang yang hantu politik pi debat jauh-jauh. Semak dah kepala aku dengan pemidato-pemidato politik tak bertauliah bernyanyi di wall FB aku.

Apa yang aku tulis kat sini adalah luahan rasa kurang bersetuju dan hairan, kenapa kerajaan Barisan Nasional turunkan subsidi minyak petrol sedangkan mereka amat tau tindak balas berantai ekoran harga minyak yang semakin tinggi.

Dan kalau korang rasa korang tak terkesan sangat sebab korang naik motor ke bas ke.. hmm memang silap besar der.

Cuba korang fikir, lori-lori yang pakai petrol (bukan semua pakai diesel okay) tu.. nak campak mana kos pengangkutan dan operasi diorang. Mesti lah kat cas perkhidmatan yang lebih tinggi. Secara tak langsung, harga barang yang dihantar semakin tinggi.

Pekedai pekedai pulak, nak transfer kat mana peningkatan harga barang yang sampai kat kedai diorang? Kat kita le. Para pembeli yang bijak belaka.

Silap silap nanti, TNB pun naikkan harga elektrik walaupun generator diorang pakai diesel (kuang kuang).

Nanti ada lah tokay tokay MLM akan kata, "Jangan dihirau naik 20sen. Kita tambah RM2. 20 sen dah terasa".

Hello kak, ni saya nak cakap: "Kan best kalau RM2 pun kita tambah, 20 sen pun tak yah buang". Itu kalau 20 sen la (yang part harga barang tak masuk lagi kan).

Ye ye.. aku tau ada yang akan cakap "Buat apa complain benda yang ko tak leh ubah. Baik buat sesuatu yang kita boleh ubah".

Betul. Aku setuju sangat. Aku tulis blog ini adalah antaranya la. Supaya

  1. Rakyat lebih bijak dan berani menggunakan hak mereka bila pilihanraya nanti. Tak kisah la parti mana.
  2. Agar kerajaan yang memerintah lebih sedar yang kalau diorang buat benda yang rakyat tak suka, apa-apa parti pun boleh gulung tikar.
The rest. Yup. Kena cari duit lebih. Life goes on. 

We are fighters. Never give up. Kata pendekar!

20 sen? Pakedehal :D

0 comments:

Post a Comment