Alamak!
Aku lupa la. Ini Blogspot.
Aku terlupa yang Blogspot tak akan kecilkan gambar-gambar yang kita masukkan secara automatik. Di WordPress boleh la kalau kita pakai plugin EWWW tu.
Dan jangan ingat benda ni tak ada impact ye. Besar impact dia.
Baik dari segi pengguna dan SEO.
Tak ada pengguna yang sanggup tunggu page blog korang (termasuk blog aku le.. hue hue) loading lebih dari 10 saat punya.
Tu pun kira dah baik hati sangat tunggu 10 saat. Kalau aku, 5 saat... dah tutup tab tu. Assume page tak loading hehe.
Ye la... beratus ribu page lagi menanti untuk di klik dan di explore kan (search result di Google nun). Jadi, kalau satu lambat klik, boleh klik yang lain.
So, macam mana nak check yang Blog korang tu gambar-gambar dalam tu saiz gabak ke atau saiz yang cun melecun kecil molek?
Ada banyak cara. Tapi cara yang paling simple dan cepat adalah dengan menggunakan PageSpeed Insights. Tool yang Google sendiri bangunkan untuk webmaster check web masing-masing. Kita yang blogger ni pun kira webmaster lah ... ye tak :D
Klik sini untuk buka PageSpeed Insights. Kemudian, masukkan la URL blog korang dan tekan butang ANALYZE.
Sementara dia tengah analisa dengan bergaya tu, meh sini aku tunjuk result blog PendekarLaut.com sebelum dan selepas aku kecilkan gambar-gambar di dalamnya.
Sebelum
Dua dua score teruk. Yang paling parah kat 'mobile'. 53 markah sahaja. Sebaiknya kita kena usahakan agar mode desktop dan mobile dapat sekurang-kurangnya 85%.
Let see, berapa yang dapat aku tingkatkan dengan kecilkan gambar-gambar ni.
Selepas
See, hanya dengan kecilkan beberapa gambar sahaja, score dah naik ke 83. Sikit lagi nak sentuh 85%. Nanti kita ikhtiar kot cara lain pulak.
Aku tak nak la kecilkan sangat gambar-gambar tu sampai nampak segala artifak kat JPG tu. Buruk jadinya. Speed speed gak kan... tapi kualiti tetap kena jaga der.
Mobile punya score pun meningkat ke paras yang lebih selamat. 74%
Tapi aku tipu sikit kat sini. Selain dari gambar yang aku kecilkan, aku guna kan Blogger punya mobile template, sebab ia lebih laju. Yang kureng sikit.. rupanya lah (adeh.. sakit mata wei).
Tak pe, esok-esok kita customize sendiri. Kasi cun tapi ringan.
Apa-apa pun, I am still not very happy with this result. Nak cuba dapat at least 88% jugak. Kalau di WordPress aku leh setting kat 'Leverage Browser Caching'. Kat Blogspot hmmm... no idea haha.
Macam Mana Nak Kecilkan Gambar?
Ada yang tanya macam mana aku kecilkan gambar-gambar tu.Hmm, tak dek la special mana pun. Aku just bukak gambar tu kat Photoshop dan File -> Save for web. Lepas tu pakai JPEG dengan Quality 60.
Kalau gambar tu besar sangat, aku resize la H (Height) di ke 720.
Tu je.
Selamat mencuba.
PS: Bayangkan kalau blog korang dah lama...dan banyak gambar... pergh. Mau pengsan nak kecilkan setiap satu dan upload balik. Tak pe..chaiyo'
Untuk gambar PNG, korang boleh baca kat sini. Bagaimana Nak Kecilkan Gambar dan Imej Berformat PNG (baca sini).
Kalau tak ada Photoshop, aku dah tulis satu artikel khas untuk korang. Yang ada Photoshop pun patut baca sebab servis-servis online ni lagi power dari Photoshop kita, Baca sini.
0 comments:
Post a Comment