Saturday, October 04, 2014

Fuh, Boleh Tahan Nak Godek Blogger Ni

Ini dah hari kedua aku godek-godek Blogger aka Blogspot secara serious.

Sebelum ni, sekadar buat dan jadi aje. Yang aku betul-betul godek WordPress nu ha. Tapi, sebab blog Pendekar Laut aku ni kat Blogger, kena lah bagi perhatian yang istimewa.

Dan dalam tempoh dua hari ni, jenuh jugak la aku dok bersilat dengan Pingdom dan Google PageSpeed Insights.

Pendekar Laut pun dah penat macam kucing ni yob!
Bersilat?

Haha, ye la. Bertarung tapi mesra.

Ceritanya macam ni.

Bila aku tambah function di blog aku ni, seperti

  1. Syntax Highlighter 
  2. Responsive Embedded Google Map Code
Aku menambah macam-macam file Javascript dan CSS. 

Oleh sebab aku tambah benda ni berperingkat, file-file ni datang dari pelbagai sumber. Dan bila dah datang dari pelbagai sumber / server, Google PageSpeed mula la juih bibir, tak suka. Markah pun jatuh le (dah tak dapat 88% dah huhu).

Malah, waktu aku mula-mula masukkan Syntax Highlighter punya function, PageSpeed drop dari 88% ke 74% je. Gelabah bewok aku time tu haha.

Tapi lepas jeling-jeling sikit dengan PageInsight, tengok apa yang dia dok complain, satu demi satu kita kasi settle.

Antara yang aku dah settlekan adalah:
  1. Script FB, letak kat bawah sekali. Sebelum </body> instead of selepas <body>
  2. Script Syntax Highlighter pun sama. Letak bawah sekali instead of sebelum </head>
  3. CSS file dan Javascript File (dari Syntax Highlighter), aku combine dan minify dan letak dalam Google Drive.
  4. Gambar-gambar PNG aku kecilkan pakai TinyPNG.
Dapat la naikkan ke 83% balik. 



Still a long way to go. But it should be enough for today. Kerja harian nak kena buat jugak yob. Kang tak makan aku nanti haha. 

0 comments:

Post a Comment