Thursday, October 09, 2014

Bagaimana Untuk Besarkan Gambar Tanpa Jejas Kualiti Imej



Hi, dalam entri ni aku nak share 1 teknik mudah bagaimana aku besarkan gambar-gambar yang beresolusi rendah (gambar kecil) tanpa menjejaskan kualiti imejnya di mata kasar.

Ini bukan teknik yang advance ye, tapi ianya mudah.

Aku pakai teknik ni sebab ada gambar-gambar yang aku nak masukkan ke dalam blog tapi gambar nye kecil sangat. Kalau aku tekan x-large, nanti gambar-gambar tu macam pecah. Tak cantik la kan.

Cuba banding kedua-dua gambar di bawah:

Gambar asal lebih kecil dari gambar yang terpapar. Jadi gambar macam pecah-pecah.
vs.

Gambar setelah di besarkan dan diproses. Pecah-pecah dihilangkan. Gambar diterangkan.

Berminat? Read-on.

Langkah-Langkah

Untuk tutorial mudah ini, korang perlukan Photoshop. Kalau tak dek Photoshop, erm... kena cari lah satu salinan hehehe.

1. Buka gambar asal dengan Photoshop.

File --> Open --> Pilih Imej

2. Besarkan dimensi / resolusi imej asal. 

Besarkan imej asal ke resolusi dan dimensi yang kita nak.

Image --> Image Size --> Tingkatkan nilai Width.


3. Kurangkan kesan-kesan pecah (noise) dan artifak

Fungsi utama dalam menghilangkan segala kesan pecah-pecah dan noise.

Filter --> Noise --> Reduce Noise


Tingkatkan Preserve Detail kalau gambar menjadi terlalu kabur (blur).

Tingkatkan Sharpen Details kalau nak gambar menjadi lebih tajam. Bergantung pada imej, Sharpen Details yang agak tinggi nilainya boleh menyebabkan kesan-kesan pecah tidak hilang sepenuhnya.

4. Tajamkan Imej

Filter Reduce Noise boleh menyebabkan gambar sedikit 'blur'. Kita atasi dengan filter Sharpen Edges.

Filter --> Sharpen --> Sharpen Edges

5. Tingkatkan Kejelasan Warna

Untuk memberikan efek imej yang lebih timbul, kita gunakan filter Unsharp Mask.

Filter --> Sharpen --> Unsharp Mask


6. Tingkatkan Keceriaan Warna

Unsharp mask boleh mengakibatkan warna-warna di imej menjadi kurang ceria. Kita tingkatkan keceriaan imej dengan meningkatkan 'vibrance'nya .

Image --> Adjustment --> Vibrance

Tingkatkan vibrance sesedap rasa.

3 comments:

  1. Alhamdulillah . Settle sudah kerja rumah anak.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Encik , saya nak tanya kenapa gambar png dlm photoshop bila dikecilkan dan upload dlm gbr lain ia jadi pecah

    ReplyDelete