Thursday, October 09, 2014

5 Perkara Wajib Buat Sebelum Publish Entri Blog



Hari ni aku belajar 5 perkara yang wajib diberi perhatian sebelum kita tekan butang Publish warna oren tu.

Rata-rata ramai dah tau cuma biasalah manusia, kena saling diperingatkan. Aku pun sama la.

Okaylah, cut the chase and here we go.

1. Tajuk Entri Biar Menarik

Tajuk entri blog korang tu biar catchy. Biar menarik perhatian pengunjung untuk klik pada entri tu sama ada di SERP (search engine result page) atau dari segmen 'entri berkaitan'.

Artikel yang selalu pengguna klik akan lebih dipandang oleh Google dari artikel yang orang tak bernafsu nak klik.

Malah, apabila pembaca yang datang ke blog kita membaca artikel demi artikel di blog kita, Google akan nampak ini sebagai satu 'engagement' yang baik dan memberi markah seo yang lebih.

Secara tidak langsung, pembaca pun seronok sebab dia rasa blog kita bermanfaat untuknya. Silap-silap dia bookmark blog kita. Jackpot!

2. URL Yang Mesra Google



Wajib pakai permalink. By default, Blogger memang dah pakai permalink tetapi WordPress tak. So, pada geng WordPress, make sure korang pakai permalink (di Setting).

Pastikan permalink tu pendek dan ada keyword yang disasarkan.

Untuk pengguna Blogger, tekan pada perkataan Permalink di sebelah kanan skrin untuk tukar permalink secara manual.

Untuk pengguna WordPress, permalink boleh diubah di kekotak di bawah tajuk entri.

3. Interlink Dengan Post Terdahulu

Kalau korang nak tau, interlink ni 5 kali lebih baik dari pakai widget yang "Anda mungkin meminati" seperti LinkWithin atau nRelate tu.

Interlink juga kelihatan lebih personal, sebab kita sendiri yang link kan artikel terdahulu dalam blog kita dengan topik yang kita tengah tulis dalam entri yang sedang dibaca pengunjung.

Apa kebenda interlink ni?

Alamak der, interlink ni, kita letak link dalam entri ni untuk pembaca kita bila dia klik dia akan di bawa ke post lain dalam blog kita.

Contohnya ada di tips yang ke 5 dalam entri ni.

4. Semak Ejaan dan Tatabahasa



Ini yang aku paling tak jaga haha. Ye la, blog ni blog santai. Bukan blog rasmi. Tapi, blog santai pun aku tetap kena pastikan aku pakai perkataan yang lengkap dan boleh di fahami.

Jangan pakai perkataan yang macam budak sekolah hantar SMS atau WhatsApp. Mau tergeliat otak nak baca dan fahamkan.

Tatabahasa pun penting sebab kalau tatabahasa tak betul, susah nak faham apa yang kita cuba sampaikan.

5. Gunakan Gambar / Imej



Gambar ni halwa mata. Perhatian kita mudah tertancap pada sesuatu yang menarik dan cantik.

Gunakan gambar untuk menarik perhatian pembaca. Jangan biarkan entri tu kosong dan padat dengan teks aje. Buku teks pun letak gambar dan gambarajah nak bagi mudah faham yob.. apatah lagi la entri blog kan.

Kalau korang rajin, cuba baca entri: Kecilkan Gambar Untuk SEO Yang Lebih Baik dan entri bagaimana nak kecilkan gambar tetapi kualiti imej tanpa kurangkan kualiti imej tanpa menggunakan Photoshop. Online je semua.

0 comments:

Post a Comment