Thursday, October 09, 2014

Bagaimana Nak Senaraikan Semua Artikel (Senarai Kandungan) di Blogger dalam 90 saat.



Sebelum ni, aku ada tunjukkan macam mana nak buat senarai kandungan mengikut label kan.

Ia bagus kalau kita nak 'sort' entries mengikut label-label mereka yang tersendiri. Tapi, oleh sebab sesetengah entries tu ada beberapa label, jadi dalam senarai kandungan versi pertama tu, senarai kandungannya ada duplikasi.

Lama-lama aku pun naik pening cari artikel-artikel sebelumnya. Jadi, untuk entri kali ni, aku nak tunjukkan macam mana nak buat satu senarai kandungan yang lebih ringkas. Ia akan senaraikan semua entri-entri kita sebelum ini sahaja - mengikut kronologi.

Langkah-Langkahnya.

1. Buat satu page baru. Bagi la nama apa pun. Indeks ke, Arkib ke atau pun Senarai Kandungan.

2. Tekan butang HTML (sebelah Compose, di penjuru kiri atas), dan masukkan skrip di bawah. Mula copy dari baris 3 sehingga baris 51.


Gantikan www.pendekarlaut.com dengan URL atau alamat blog korang.

Dan tekan butang Publish untuk tengok. (Butang Preview tak dapat tunjukkan senarai artikel).

Tu je. Mudah kan :D

0 comments:

Post a Comment