Thursday, October 09, 2014

10 Tips Untuk Usahawan Muda


Hi,

Dalam entri ni, aku terpanggil untuk berkongsi 10 tips yang aku baca dan dapat daripada seorang usahawan hebat.

Tips ini khusus untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia niaga atau dunia usahawan yang mana mamat ni cakap, 'I hope some one give me this tips when I started my venture before'.

Well, since dia cakap macam tu kan... better we learned from the wise rather than jatuh rebah tergolek dulu ye tak.

1. Fokus, Fokus dan Fokus!

Jangan gelap mata dengan peluang-peluang yang mendatang. 

Fokus dengan apa yang kita tengah buat. Percayalah, kita akan diuji dengan 1001 peluang ketika kita tengah kerjakan apa yang kita sedang usahakan.

Ingat, lebih baik buat 1 benda tapi hebat daripada 10 benda tapi tak kemana.

2. Tau Apa Kita Buat & Buat Apa Kita Tau. 

Jangan buat bisnes sebab terpesona dengan keuntungan yang dijaja atau buat sebab tengok orang lain dapat untung juta-juta.

Jangan buat bisnes sebab rasa kalau buat bisnes tu 'cool' atau 'trendy'.

Kerja bisnes adalah kerja yang serious. Ia perlukan sepenuh tenaga, hati, perasaan, intelek dan minat kita. 

Kita perlu suka dan kita perlu tahu dan mahir dalam selok belok bisnes yang kita buat. 

Kalau kita tak suka, macam mana kita nak uruskannya dengan penuh ghairah?

Kalau kita tak mahir, bagaimana kita nak jalankannya dengan cekap tanpa rugi?

Bisnes yang dibangunkan dengan keghairahan, minat dan kepakaran adalah jauh lebih mudah berjaya.



3. Sebut Bisnes Kita Dalam 30 Saat.

Kita tak tahu bila kita akan berjumpa dengan pelabur yang berminat dengan bisnes kita. 

Mereka mungkin sahabat lama kita, saudara kita atau pun kenalan atas kenalan yang kita 'accidently' kenal di majils perkahwinan waktu tengah makan.

Tak kisah lah apa pun situasinya, kita wajib mampu terangkan bisnes kita dalam masa 30 saat sahaja. Dan apa yang kita sebut tu merangkumi:

  1. Misi bisnes kita 
  2. Servis atau produk bisnes kita
  3. Matlamat bisnes kita
Tak nak meleret-leret. Mesti bang-bang-bang. 



Dan yang paling penting, apa yang kita cakap tu mesti kena dengan siapa kita bercakap. Kalau nak pitching dengan orang bank, cakap pun mesti ada 'twist' bank lah. 

4. Sedar Kita Di Mana

Kita mesti

  1. Jelas dengan apa yang kita tahu
  2. Sedar apa yang kita tak tahu 
  3. Dan kenal siapa yang tahu apa yang kita tak tahu
Sebabnya, tiada siapa tahu segalanya. Dan kalau kita cuba untuk tahu segalanya, kita akan jadi 'Jack of all trades, master of none'.

Kita kena berkawan dengan mereka yang sudah berjaya dalam bisnes mereka ataupun mereka yang arif dalam bidang mereka. Lagi bagus sekiranya bidang mereka adalah benda yang kita tidak tahu.

Berguru dengan mereka. Wujudkan 'common interests' antara kita dan mereka. Atau setidaknya pun, wujudkan matlamat perniagaan bersama yang kita dan mereka boleh bekerja-sama.



Along the way, apa yang kita tak tahu, kita akan 'terbelajar' dari mereka and vice versa.

5. Bertindak Seperti Syarikat Yang Baru Bertunas

Lupakan pejabat yang gah, kereta mewah dan apa sahaja yang akan menyebabkan akaun perbelanjaan kita menjadi gergasi.

Ingat! Duit dalam tangan kita adalah darah dan nadi bisnes kita.

Kita mesti arif dalam seni berjimat cermat. Jaga elok elok setiap duit yang keluar masuk. 

Semak, semak dan semak (3x) setiap perbelanjaan.

Sentiasa dan kekalkan kos operasi dan kos tetap yang rendah. Gunakan teknologi atau rangkaian sahabat atau pun apa jua aset yang kita ada sekrang untuk capai kos operasi bisnes yang serendah mungkin.

Jadi, setiap kali ada yang mendabik dada dengan kereta mewah mereka, ingat yang:
Masa itu akan tiba apabila kita mampu beli kereta tersebut secara tunai tanpa hutang.
Apabila tanpa kereta itu, jumlah duit yang kita hasilkan dari bisnes kita lebih rendah dari kos beli dan jaga kereta tersebut. 
Before that, fokus dalam hasilkan lebih banyak duit melalui hasil jualan yang semakin meningkat pada kos operasi yang minima.

6. Sentiasa Bersedia 

Bisnes plan yang sempurna hanyalah bisnes plan di atas kertas sahaja. Bila dilaksanakan, macam-macam boleh berlaku.

Dan tiada bisnes plan dalam dunia yang boleh jangkakan semua benda yang akan berlaku di masa hadapan.

Tapi, jangan terus lompat buat bisnes tanpa apa-apa plan. Plan tetap kena buat. 'Anticipation of the future' tetap kena gariskan agar kita lebih bersedia. Bersedia untuk hadapi sebarang kemungkinan dan ujian.



Dengan ujian ini, kita akan belajar banyak perkara. Dan kerja kita adalah pastikan, kita tak ulangi kesilapan yang sama.

Ibarat kalau nak berperang, berani untuk redah, tapi jangan redah tak pakai baju perisai dan bawa machine gun. Tapi kalau jadi apa-apa, bom tangan tetap tersisip di pinggang.

Tapi jangan terperangkap dengan 'over plan' sampai tak terbuat-buat apa yang kita plan tu. Dalam bisnes, segalanya tentang masa. Kita lambat, orang lain buat dulu. Semudah itu.

7. Tiada Siapa Nak Bagi Kita Duit

Tak kisahlah idea kita sehebat mana, tiada siapa yang akan labur dalam idea kita kalau kita tak mampu untuk tunjuk potensi idea tersebut.

Jadi, adalah menjadi kerja kita untuk terjemahkan idea tersebut dalam bentuk prototaip atau bisnes skala kecil, yang sesuai dengan budget dan wang modal kita sendiri.

Kalau kita perlukan modal yang besar untuk lakukannya, itu bermakna kita tersilap langkah. Kembali ke 'drawing board' dan kecilkan skala dan kos sehingga ia lebih rendah dari modal di tangan.

Dari situ, plan untuk berkembang sampai ke peringkat prototaip yang kita boleh tunjuk kepada mereka yang berminat untuk melabur. 

Kaki kita mula dengan apa yang ada! Tapi mata kita tenung pada hasil yang akan terjadi kelak.

8. Kekal Sihat



Benda ni simple sangat.

Kita orang bisnes. Kita tak ada MC. Kalau kita sakit, produktiviti kita merudum. Mungkin tak dapat buat apa-apa sepanjang kita sakit.

Kalau kita kerap sakit, banyak kerja akan tergendala. Banyak projek akan terlepas tangan. Keyakinan klien dan pelanggan dan pelabur goyah.

Jangan bagi alasan. Kalau kita sayangkan bisnes kita, kita kena sayangkan kesihatan kita.
  1. Makan makanan yang betul
  2. Makan dengan cara yang betul
  3. Bersenam
Ingat. Keusahawanan dan bisnes ni BUKAN beban tetapi adalah gaya hidup yang kita pilih. 

Ia bukan kerja 9-5 tapi kerja dari celik mata sampai tidur. Justeru, kita tak boleh amalkan konsep 'kerja sampai pengsan' macam waktu kita makan gaji dulu.

Sebab sikap kerja sampai pengsan akan membuatkan kita lebih penat ke-esokan harinya dan menjadi kurang produktif.

It is a lifestyle, not a chore! Be healthy and enjoy the journey of being a millionaire. 

9. Jangan Jadi Mangsa 'Penipuan' Sendiri

Jangan cakap besar dengan orang kalau belum mampu buktikannya. Jangan waktu kita ceritakan pasal bisnes kita, kita gebang sesedap rasa. 

Jangan kita tipu diri kita dan prospek kita dengan bercakap yang kita akan capai sesuatu yang belum pasti dapat.

Walaupun demikian, kita wajib ceritakan pasal bisnes kita dengan penuh minat dan semangat tetapi mesti jujur dan berpijak di bumi nyata. 

Orang yang dah lama dalam bisnes boleh kenal yang mana satu sasaran realistik dan yang mana satu auta semata.
Don't talk unless you can walk the talk.
Pendek kata, 'put up or shut up'. 

Jadi, kalau kita nak bagi syarikat kita nampak hebat, perhebatkan syarikat kita dengan hasil kerja dan kemahiran. Justeru, kita boleh ceritannya dengan penuh ghairah dan jujur, tanpa sebarang unsur gebang dan auta.

Sebab tu portfolio penting der.

10. Tahu Bila Nak Berhenti

Jangan ego sampai membakar diri. Jangan jadi kapten yang sama-sama tenggelam dalam kapal yang dikemudi.

Kalau idea bisnes tu tak boleh dikembangkan ke tahap yang boleh bagi keuntungan setelah semua cara telah dicuba, bersedia untuk berhenti dan tukar ke idea lain.

Tapi kita wajib belajar dan bertanya kenapa kita mengejar idea tersebut dan kenapa ia tidak mampu bagi kita keuntungan yang diharapkan. 

Dan kita mesti jelas, bagaimana untuk menggunakan apa yang kita belajar dari proses ini untuk lebih bersedia dan matang dalam kembara bisnes yang akan datang.
Kegagalan tidak dapat dielakkan sepenuhnya tetapi usahawan yang sebenar akan bersinar disebalik ranjau yang ditempuhi

So, itu lah lebih kurang benda yang disampaikan. Aku taip balik ikut gaya bahasa aku lah. Semoga 10 tips ni melonjakkan dunia bisnes korang ke aras yang lebih tinggi.

0 comments:

Post a Comment