Friday, October 10, 2014

Bagaimana Sembunyikan Entri di Homepage Blog Berasaskan Label - In Progress!


Okay, first of all... tutorial ini tidak lengkap lagi. But it works.

Tak lengkap dalam erti kata, ia tidak lagi meet requirement aku yang aku nak

  1. Entri yang ada label Monolog tidak akan dipaparkan di Homepage blog
  2. Tapi ia akan terpapar kalau aku klik label Monolog
  3. Dan sekiranya homepage blog aku set untuk memaparkan 3 entri, maka 3 entri yang akan dipaparkan, tanpa mengira berapa banyak entri yang telah disembunyikan. 
As of now, yang nombor 1 dah settle. Yang nombor 2 masih tak. Kalau orang klik label, memang tak disenaraikan. (Yang ni kalau korang nak buat unlisted entries boleh la).

Nombor 3 pun masih belum settle. Sebab teknik yang aku nak share di bawah ni, ia sembunyikan sahaja entri tu tanpa gantikan dengan entri yang seterusnya.

Let say, 5 entri terbaru aku ada label
  • Tutorial
  • Monolog
  • Monolog
  • Tutorial
  • Tutorial
Homepage blog ni aku set hanya boleh paparkan 3 entri sahaja di homepage nya. Dan apa yang berlaku adalah, homepage aku hanya tunjukan 1 entri sahaja.

Sebabnya, entri kedua dan ketiga disembunyikan. Aku nak entri ke-4 dan ke-5 mengambil alih tempat entri kedua dan ketiga. So, masih tak settle lah ye.

Apa-apa pun aku kongsikan la dulu ye. Mana tau, ada yang hanya nak nombor 1 aje.

Langkah-Langkah

1. Backup Blogger XML Template

2. Edit Blogger XML template.

3. Cari (Ctrl + F)

<!-- posts -->
<div class='blog-posts hfeed'>
4. Masukkan code di bawah
<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>
<b:if cond='data:post.labels'>
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<b:if cond='data:label.isLast == &quot;true&quot;'>
<b:if cond='data:label.name != &quot;Monolog&quot;'>
 
Selepas
<!-- posts -->
<div class='blog-posts hfeed'>
<b:include data='top' name='status-message'/>
<data:defaultAdStart/>
<b:loop values='data:posts' var='post'>
dan sebelum
<b:if cond='data:post.isDateStart'>
5. Masukkan code penutup di bawah
</b:if>
</b:if>
</b:loop>
</b:if>
</b:if>
Sebelum
</b:loop>
<b:if cond='data:numPosts != 0'>

6. Gantikan perkataan Monolog tu dengan label yang korang tak nak mana-mana entri yang ada label tersebut di paparkan di homepage.

That's all.


0 comments:

Post a Comment